Thursday, September 3, 2009

Ikutan Membabi Buta Hari 'April Fool'



Ni hah, saya ada dapat satu artikel yang menjelaskan asal usul atau bagaimana terciptanya Hari 'April Fool' nih.Untuk pengetahuan umum (korang la tuh), asalnya terciptanya 'April Fool's Day' merupakan kejadian yang sebenarnya bermula dengan kisah tragis umat Islam.Ikutilah kisahnya...Apakah kisah di sebalik Hari April Fool? Hari yang diraikan saban tahun dengan gelak ketawa dan senda gurau sebenarnya bermula dengan kisah tragis umat Islam suatu ketika dahulu. Hari April Fool dipercayai diraikan ketika era Reqonquista iaitu ketika zaman kejatuhan Islam Sepanyol (sekarang dikenali sebagai Sepanyol dan Portugal) di tangan tentera Salib. Umat Islam ketika itu hidup dalam ketakutan lantas ramai yang bersembunyi di dalam rumah. Tentera Salib tidak berpuas hati lalu merancang satu muslihat untuk menarik umat Islam keluar dari tempat persembunyian mereka.Umat Islam diberitahu bahawa mereka dibenarkan belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat beserta segala harta benda. Kapal-kapal dan sampan-sampan sudah tersedia di pelabuhan untuk membawa mereka keluar dari Sepanyol. Umat Islam berasa amat senang dengan tawaran itu tetapi masih berasa curiga dengan tentera Salib. Mereka menghantar beberapa pemuda berani untuk memeriksa pelabuhan jika benar terdapat kapal-kapal tersebut yang sudah tersedia untuk membawa umat Islam keluar dari Sepanyol. Ternyata, mereka mendapati kapal-kapal sudah tersedia dan terus memberitahu umat Islam yang lain untuk bersiap sedia belayar pada keesokan pagi.Keesokan harinya, 1 April, umat Islam telah bersiap sedia untuk belayar. Mereka menuju ke pelabuhan seperti yang telah dijanjikan oleh tentera Salib. Sebaik saja umat Islam meninggalkan tempat persembunyian mereka, tentera Salib mengambil peluang yang ada dengan membakar tempat persembunyian mereka serta kapal-kapal di pelabuhan. Umat Islam menyedari bahawa mereka telah terperangkap. Tentera Salib mengepung umat Islam dan membunuh mereka. Tumpahnya darah umat Islam merupakan perayaan bagi tentera Salib yang melahirkan Hari April Fool.Perayaan sedemikian diraikan hampir di seluruh dunia termasuklah saudara seIslam kita. Mereka tumpang sekaki dengan orang-orang Kristian malah menambah variasi pada perayaan tersebut. Amat sedikit yang mengetahui kisah disebalik Hari April Fool. Perayaan-perayaan lain seperti Hari Valentine dan Halloween serta Parti Kostum sering kali diraikan oleh belia kita sementara perayaan yang melibatkan aqidah dan agama sering kali dianggap seperti angin lalu. Segalanya berpunca daripada kuasa media dan globalisasi. Semoga Allah merahmati kita dan mengampuni kita semua, insya-Allah.So jadi, ingat-ingatlah kita ye, dan sebarkanlah. ana tak pasti jika artikel ini sahih atau tidak tetapi boleh dibuat sebagai satu pengajaran kepada kita sebagai umat Islam.