Tuesday, December 29, 2009

kehidupan yang penuh cabaran

semalam aku balik dari hometown ku..trus ke sungai petani..nak masuk kuliah semula..walaupun rasa cam malas je balik tapi kena la gak..dapat plak berita yg kurang baik..umah sewa masuk pencuri..xde keje btul budak2 zaman sekarang..nasibla xde barang yg berharga ada dlm umah tuh..xsangka ada jgak orang nak masuk umah student yg xde apa2 tuh..apa la budak2 zaman skrang..hidup ni susah nak dijangka..so aku xpenah planning awal2..my expectation so high when i planning something in my life..if i can't get i feel down and frustrated..

Thursday, September 3, 2009

Ikutan Membabi Buta Hari 'April Fool'



Ni hah, saya ada dapat satu artikel yang menjelaskan asal usul atau bagaimana terciptanya Hari 'April Fool' nih.Untuk pengetahuan umum (korang la tuh), asalnya terciptanya 'April Fool's Day' merupakan kejadian yang sebenarnya bermula dengan kisah tragis umat Islam.Ikutilah kisahnya...Apakah kisah di sebalik Hari April Fool? Hari yang diraikan saban tahun dengan gelak ketawa dan senda gurau sebenarnya bermula dengan kisah tragis umat Islam suatu ketika dahulu. Hari April Fool dipercayai diraikan ketika era Reqonquista iaitu ketika zaman kejatuhan Islam Sepanyol (sekarang dikenali sebagai Sepanyol dan Portugal) di tangan tentera Salib. Umat Islam ketika itu hidup dalam ketakutan lantas ramai yang bersembunyi di dalam rumah. Tentera Salib tidak berpuas hati lalu merancang satu muslihat untuk menarik umat Islam keluar dari tempat persembunyian mereka.Umat Islam diberitahu bahawa mereka dibenarkan belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat beserta segala harta benda. Kapal-kapal dan sampan-sampan sudah tersedia di pelabuhan untuk membawa mereka keluar dari Sepanyol. Umat Islam berasa amat senang dengan tawaran itu tetapi masih berasa curiga dengan tentera Salib. Mereka menghantar beberapa pemuda berani untuk memeriksa pelabuhan jika benar terdapat kapal-kapal tersebut yang sudah tersedia untuk membawa umat Islam keluar dari Sepanyol. Ternyata, mereka mendapati kapal-kapal sudah tersedia dan terus memberitahu umat Islam yang lain untuk bersiap sedia belayar pada keesokan pagi.Keesokan harinya, 1 April, umat Islam telah bersiap sedia untuk belayar. Mereka menuju ke pelabuhan seperti yang telah dijanjikan oleh tentera Salib. Sebaik saja umat Islam meninggalkan tempat persembunyian mereka, tentera Salib mengambil peluang yang ada dengan membakar tempat persembunyian mereka serta kapal-kapal di pelabuhan. Umat Islam menyedari bahawa mereka telah terperangkap. Tentera Salib mengepung umat Islam dan membunuh mereka. Tumpahnya darah umat Islam merupakan perayaan bagi tentera Salib yang melahirkan Hari April Fool.Perayaan sedemikian diraikan hampir di seluruh dunia termasuklah saudara seIslam kita. Mereka tumpang sekaki dengan orang-orang Kristian malah menambah variasi pada perayaan tersebut. Amat sedikit yang mengetahui kisah disebalik Hari April Fool. Perayaan-perayaan lain seperti Hari Valentine dan Halloween serta Parti Kostum sering kali diraikan oleh belia kita sementara perayaan yang melibatkan aqidah dan agama sering kali dianggap seperti angin lalu. Segalanya berpunca daripada kuasa media dan globalisasi. Semoga Allah merahmati kita dan mengampuni kita semua, insya-Allah.So jadi, ingat-ingatlah kita ye, dan sebarkanlah. ana tak pasti jika artikel ini sahih atau tidak tetapi boleh dibuat sebagai satu pengajaran kepada kita sebagai umat Islam.

Friday, August 28, 2009

Andai ku tahu....

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir…
Tentu siangnya aku akan sibuk berzikir, tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir…
Tentu solatmu aku kerjakan di awal waktu, solat yang dikerjakan, sungguh khusyuk lagi tawadhuk. Tubuh dan qalbu akanbersatu memperhambakan dirimenghadap Rabbul Jalil dan menangisi kecurangan janji.“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin” [Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir…
Tidak akan aku sia siakan walau sesaat yang berlalu, setiap masa tak akan aku dibiarkan begitu saja. Di setiap kesempatan juga masa yang terluangalunan Al-Quran bakal aku dendang, bakal aku syairkan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ..
Tentu malamku sibukkan dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud,mengadu, merintih dan meminta belas kasih.
“Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU, tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU“.
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang. Mari kita meriahkan Ramadhan. Kita buru, kita cari, suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan.
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir..
Tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir. Mempersiap diri, rohani dan jasmani aku. Menanti-nanti jemputan Izrail, di kiri dan kanan lorong-lorong redha Ar-Rahman.
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir..
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti,paling berseri, menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi. Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.
Namun sahabat…Tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui adakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya, yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha, bersedia, meminta belas-NYA.
Semoga Ramadhan ini akan memberikan aku seribu erti dalam kehidupan, manusia yang senantiasa mencari pedoman dan cahaya hidup. Bimbinglah dan pimpinlah aku wahai sahabat. Biarpun aku masih merangkak dan cuba untuk bertatih, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu semua.

Sunday, August 9, 2009

detik yang dinanti....




fuh..tak sabar rasa nye..nak menanti bulan yang penuh mulia..apa lagi bulan ramadhan@puasa.. minggu depan dah tengok anak bulan..excited plak aku tahun nih..tak sabar2 rasa nye..buakn senang kite nak dapat merasai bulan mulia nih kan..cam dalam picture yang aku upload tuh..minggu depan tengok anak bulan..tak tahu kenapa aku rasa tak sabar2 sgt.nak kongsi sedikit dengan semua apa yang aku dah baca dalam satu laman web yang menarik.




AMALAN YANG BOLEH KITA LAKUKAN DI BULAN RAMADHAN:




Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:“Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad” Rasulullah s.a.w ditanya: “Musibah apakah ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab: “Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan”. “Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?”, “Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan”.Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.Seterusnya terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya:“Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir”, kata seorang sahabat, “Ya Rasulullah! Adakah kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?”, Jawab Nabi: “Mereka juga adalah makhluk Allah. Hakikatnya sedekah itu jatuh pada tangan Tuhan Yang Maha Merahmati”.Ini menjelaskan bahawa amalan bersedekah ini sangat dimuliakan di sisi Allah walaupun sedekah tersebut dihulurkan kepada orang kafir. Ini kerana yang dinilaikan di sisi Allah ialah keikhlasan hati seseorang dalam menghulurkan hartanya kepada orang lain dan keikhlasannya dalam melaksanakan sesuatu ibadah.Ianya juga meneladani sifat Ar Rahman dan Ar Rahim di sisi Allah S.W.T, di mana dengan sifat Ar-Rahman iaitu penyayangnya Allah kepada makhluk di syariatkan sedekah yang boleh diluaskan pemberiannya kepada semua makhluk sekalipun kafir. Begitu juga dengan sifat Ar Rahim iaitu Maha Pengasihnya Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, dikiaskan dengan perlaksanaan ibadah zakat yang hanya dikhususkan kepada umat Islam memberi dan menerimanya.Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan hambanya. Oleh itu orang yang berpuasa juga digalakkan melakukan amalan bersahur pada pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat dilewatkan. Ini bagi mengelakkan mereka dari merasa lapar ketika melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.Dari Zaid bin Thabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya: “Berapakah jarak antara keduanya?” Ujar Nabi s.a.w: “50 ayat (lebih kurang 15 minit)”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini plak aku nak berkongsi KEBAIKAN BERPUASA :


Sesungguhnya setiap suruhan dan larangan Allah itu tidak sia-sia. Malah dihiasi dengan seribu satu kebaikan bagi mereka yang sentiasa mengkaji dan menginsafi setiap kejadian alam. Sebagai umat yang berpegang kepada syariat-Nya, kita dituntut supaya sentiasa mengkaji hikmah di sebalik kejadian dan suruhan Allah. Maka, ilmu sains dapat memberikan kita penjelasan yang lebih mendalam bagi memahami hikmah bagi setiap kejadian seterusnya meningkatkan keimanan terhadap Alah S.W.T.Seluruh pakar perubatan telah bersetuju bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegendutan yang menyebabkan timbulnya sub penyakit lain. Maka, puasa adalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Dalam bidang perubatan, kesan lapar adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan. Manusia digalakkan berpuasa walaupun tidak menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan dari racun-racun yang berkumpul di dalamnya.Selain itu, Dr. Hisyam Ibrahim Al-Khatib, dalam kitab ‘Al-Wafiz Fi Al-Tib’ menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan juga menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi seluruh pergerakan badan. Oleh itu, penyakit-penyakit seperti seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan seseorang individu. Jadi, berpuasa adalah jalan terbaik bagi memulihkannya kerana dengannya wujud satu sistem baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.Amalan puasa terutamanya puasa Ramadhan merupakan amalan baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu tahap yang dikehendaki. Ditambah pula jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban seterusnya Isnin dan Khamis. Nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang.Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz, seorang pakar perubatan Islam dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Hasilnya didapati puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan. Dari sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.Puasa dapat menghakis ketagihan merokok, seterusnya sebagai permulaan yang baik bagi individu yang merokok untuk menamatkan perbuatan membazir dan memudharatkan itu. Jika dilihat, apabila seseorang perokok itu berpuasa, maka dengan keimanan yang ada ia telah mampu mengawal ketagihannya sehingga waktu berbuka.Dari sini dapat disimpulkan bahawa puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kegendutan. Selain itu, ini merupakan cara terbaik bagi mengurangkan berat badan daripada mengambil pil-pil pelangsing yang mungkin boleh mendatangkan risiko pada tubuh badan. Secara tidak langsung, amalan-amalan seperti ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan di dalam badan dapat dihakis.Keseluruhannya, puasa dapat mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan sekadar keperluan sahaja. Seterusnya ia juga dapat melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan yang paling menarik sekali ialah dapat menambahkan nikmat dan kelazatan makanan setelah sehari suntuk menahan diri dari makan dan minum. Hebatnya segala syariat yang telah ditetapkan kepada hamba-hambaNya, ayuh kita perjuangkan kedaulatan segala syariat Allah.


Macam2 kita boleh dapat kan bila kite berpuasa..macam2 kebaikan yang boleh kite perolehi..insyallah kita akan menjalani dengan penuh keinsafan...insyallah..ok lah rasa ni aje kot untuk hari nih...nanti nak berkongsi cerita lain pula..senyum selalu..

Tuesday, August 4, 2009

ketika ini


JIWA KOSONG....ni lah yang aku hadapi sekarang..aku dapat rasa ada satu kekosongan yang aku harus aku isi bagi memeriahkan dan ketenangan dalam hidup aku ketika ini...i feel lost and empty...i dont like feel like this...bencinya....
ketika ini, still banyak perkara yang belum aku settle kan..masih perlu banyak yang nak difikirkan dalam masa yang sama kerja pun banyak ni..tapi aku still stay cool...kalu orang lain mesti dah rasa gabra tahap dewa..masih banyak yang kita perlu lihat..dari macam2 sudut..just think positive beb..hhidup still kena move on right..just rempuh dan tempuhi gak..kalu tak kite tak rasa hidup dengan warna warni ni..kita lah yang corakkan hala tuju kite..semangat pulak aku hari ni..dari jiwa kosong trues ke jiwa patriotik huhu...ramadhan bulan mulia just right the corner, so aku doakan smua umat islam menjalani ibadah puasa dengan hati yang tawaduk dan tenang..mungkin ni la masa nye harus aku baiki apa kesilapan yang aku lakukan selama ini...
makin kita mengkaji makin banyak yang kita tak tahu @jahil dalam serba serbi..aku still learning..so sampai ke akhir hayat aku still learning tentang kehidupan..

Friday, July 24, 2009

hadapi dengan penuh kesabaran

hi blog ku..wah rasa nya mcm2 nak aku cite untuk dikongsikan bersama..macam2 berlaku dalam hidup aku sekarang..sekarang aku rasa cam nak mulakan hobi aku yang lama..menulis ..dah lama aku tinggalkan semua tu...apa lagi yang aku harus lakukan..allah bantu la hamba mu ni...aku tak berdaya memikul tanggungjawab yg besar nih..apa yang harus aku lakukan bagi menyelesaikan masalah ku nih..aku diibaratkan terpenjara dan hanya mampu merintih pada mu..hati ku merintih jiwa terseksa perasaan terpenjara..aku harus kuat tempuh segalanya..kesabaranan akan dapat diatasi segalanya2..i hope so..lindungi hamba mu nih..terus terang aku katakan aku rasakan hidupku ni kosong..aku xmampu melakukan seorang diri..semoga hari2 yang mendatang memberikan aku kekuatan bagi teruskan segalanya...insyallah...

Sunday, July 5, 2009

permulaan lebaran baru hidupku

hari ini hari pertama aku satu pengalaman baru dalam hidupku iaitu membenarkan orang lain mengenali dan mengetahui kisah hidupku.mungkin dapat kita meningatkan sesama sendiri@ menjadi satu pengalaman baru kepada orang lain.bukan senang untuk saya kongsi kisah hidupku kepada orang lain.sesiapa boleh berkongsi kisah kehidupan denganku..welcome to new world..huhu..aku seorang insan biasa yang hanya ingin berkongsi serba sedikit waktu senang dan susah ku .... orang kata masa berlalu dengan pantas..aku sekarang dalam tahun akhir dalam pengajianku..tak ku sangka sudah hampir 3tahun aku meneruskan tanggungjawab untuk menuntut ilmu..insyallah aku harapkan semua nya berjaln dengan lancar..hidup ni penuh dengan warna warni yang mencorakkan kehidupan masing-masing..moga segala sentiasa berjalan mengikut haluan yang kita pilih..