Saturday, August 7, 2010

hati saya milik siapa??

lihat lah betapa berhabuknya blog saya..time untuk membersihkan sawang2 yang ade bermaharajela..bersihkan agar tidak nampak teruk di mata orang..
maafkan sy wahai blog..saya tiada masa untuk awak..
susah nak dapatkan entri untuk awak..
dalam diam ade isi..lihat lah nanti ya..
detik nya akan tiba..
pasti akan tiba...
kita hanya perlu bersabar moga2 hari itu akan tiba...
hati saya milik siapa?
penuh tanda tanya???
apa yang pasti ianya pasti membuatkan kita tertanya2..
penuh dengan persoalan..
pasti dirungkai..
dalam diam ada yang memendam rasa,memerhati,menyintai tanpa melafazkannya..
masih menanti masa yang sesuai bagi melafazkannya..
pada yang sama, ada yang mulakan langkah pertama..
siapa yang bakal dipilih..apa yang terjadi..
pasti akan terungkai apa yang terbelenggu sehingga sekarang
hati-hati wahai hatiku...
detik dalam hati..
siapa yang tahu..
apa dalam hati??
siapa yang bakal bertakhta?

Sunday, May 23, 2010

luahan seorang lelaki...

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada
kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat
mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,
tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila
sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk
cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk
kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan
mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk
melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnya
dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan
berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat
menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana
perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana
dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan
kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila
kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian
kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang
meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya
lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup
membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh
kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan
daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya
sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya
kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada
urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dengan kekasihnya
walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa
serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun
dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal
dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali
kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling
dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun
nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya
namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti
hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata
hanya untuk seorang perempuan...

U all rasa camna?ni mungkin pedapat dan luahan sebelah lelaki..so bagi kalau sebelah perempuan bagaimana plak? pandangan dan persepsi orang berbeza..pandang la bagi persepsi yang positif..apa yang kita lakukan haruslah melalui landasan yang betul dan menjaga tatasusila sebagai umatNYA...renung2 kan selamat beramal!!!!huhu

Tuesday, May 18, 2010

jangan salah faham..

cerita dalam entri sebelum ini bukan la cerpen or novel yang ana janjikan tu..ianya hanya sebuah cerita yang ana dapat apabila ana baca artikal yang telah lama ana simpan dalam kotak buku..
bila terjumpa semula, ana ingin kongsikan bersama2 semua...agar ianya mendapat teladan dan pengajaran yang berguna...hope so...so jgn salah paham ok...

Sunday, May 16, 2010

biarkan aku menjadi suaramu

Post kali ini, ana ingin kongsikan satu cerita yang amat menarik..cerita ni ana dapat bila bongkar kembali barang2 ana...ianya ana simpan tak sangka ana ketemu ianya kembali..

Sejak awal lagi, family dari belah si gadis tidak menyetujui hubungannya dengan si pemuda. Menurut mereka,jika si gadis terus berdegil untuk bersama dengan si pemuda, dia akan menderita seumur hidupna.Gadis itu benar2 mencintainya dan dia terus menerus bertanya,"seberapa besar kamu mencintaiku?"
Si pemuda tidak begitu pandai berbicara, dia selalu membuat si gadis marah. Dan si pemuda selalu membiarkan kekasih hatinya melamipiaskan kemarahan kepadanya. Waktu terus berlalu, si pemuda lulus dari institusi pengajian tinggi. Ia mahu melanjutkan pelajarabbya ke luar negeri tapi sebelum dia pergi, dia melamar gadisnya.
"Saya tidak tahu bagaimana mengucapkan kata2 manis, tapi saya tahu bahawa saya mencintaimu. Jika kamu bersetuju, saya ingin menjagamu seumur hidupmu. Saya akan berusaha keras untuk menyakinkan keluargamu agar menyetujui hubungan kita. melihat usaha dari si pemuda, keluarga si pemuda yang tidak pernah jemu, keluarga si gadis akhirnya bersetujumerestui hubungan mereka.
Mereka mengikat pertunangan.Mereka meneruskan hubungan melalui surat dan telefon.Kadang2 timbul kesukaran tapi mereka tidak menyerah kalah pada keadaan. Suatu hari, dalam perjalanan ke perhentian bas sekembalinya dari kerja, si gadis telah ditimpa kemalangan jalan raya yang teruk. Setelah menyedarkan dirinya, si gadis melihat kedua orang tuanya dan menyedari betapa beruntungnya dia kerana selamat.
Melihat airmata orang tuanya, dia berusaha untuk menghiburkan mereka.tetapi akhirnya dia menyedari bahawa dia tidak boleh bercakap sama sekali. dia bisu.Menurut doktor, kemalangan telah mencederakan otaknya sehingga menyebabkan bisu seumur hidup. Sepanjang hari hanya dapat menangis dan membisu.
Dia dibenarkan pulang dari hospital dan mendapati rumahnya masih sediakala. hanya jika telefon berdering, dia menjadi sedih. Deringan telefon telah menjadi mimpi terburuknya. Dia tidak dapat menceritakan apa yang berlaku kepada kekasihnya. Dia menulis surat untuk si pemuda, memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi menunggunya.
Hubungan antara mereka sudah putus dan cincin pertunangan dikembalikan. Mendapat surat dan telefo dari si pemuda, dia hanya mampu menitis airmata. Ayahnya tidak tahan melihat penderitaannya dan memutuskan untuk berpindah. Berharap agar anaknya dpat melupakan apa yang berlaku dan menjadi lebih bahagia di tempat baru.
Pindah ke tempat baru, si gadis mula belajar bahasa isyarat.Dia berusaha melupakan si pemuda.Suatu hari, sahabatnya memberitahu bahawa pemuda itu telah kembali dan mencarinya merata tempat. Dia meminta sahabatnya untuk tidak memberitahu di mana dia berada dan meminta pemuda tersebut melupakannya.
Lebih setahun, si gadis tidak mendengar khabar pemuda itu sampai akhirnya sahabat si gadis menyampaikan berita bahawa pemuda itu akan bernikah dan menyerahkan kad undangan perkahwinan. Dia membuka surat undangan itu dengan hati yang pedih, dan mendapati namanya tercantum di dalamnya.
Sebelum dia sempat bertanya kepada sahabatnya, tiba2 si pemuda muncul di hadapannya. Dengan bahasa isyarat yang kaku, ia menyampaikan bahawa "aku telah menghabiskan masa dari setahun untuk mempelajari bahasa isyarat, agar dapat memberitahumu bahawa aku masih belum melupakan janji kita, berikan aku kesempatan ,biarkan aku menjadi suaramu."

Monday, May 3, 2010

ada apa dalam hati....

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab hujan,
Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Lihat dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

tanya sama hati,
apa ada dalam hati,
hati jawab,
ada bunga....

taktahu apa yang aku mengarut ni..
tapi ianya tiba2 terlintas difikiran
jadi aku kongsi la pada semua...
soon i will writing something to all of u
wait and give support to me become part time writer maybe...hehe
soon..
wait....
exclusive from bottom of heart...

Sunday, May 2, 2010

hurt me back..

dah lama aku tak ketemu nya....dan sekarang kenapa datang kembali dalam hidupku..ini betul2 menguji aku..it's really2 hurt me...aku tidak tertahan menanggung perasaan ini lagi...dah tak terluah dengan kata2...

datang tanpa diundang
perginya takku duga
menahan satu penyeksaan
tidak terluah dengan kata2
peritnya hanya tuhan yang mengetahui
dalam satu nafas ade harapan terpanggil
harapan yang membawa semangat
semangat untuk teruskan apa yang tak sudah
tiada yang mengerti
tiada yang perasaan
hanya aku mengetahui
apa yang ada dalam diri
semangat juga membataskan diriku kini
segalanya terhalang kerana ia
yang pasti telah pasti
pada seseorang yang aku sayangi
ku titpkan rasa kasih sayang
yang tak berbelah bahagi
kenangan menguatkan lagi
berjuang sampai mati
berdoalah untuk ku
agar satu hari nanti
ade satu sinar yang dapat
aku paut dan berhenti seketika

Friday, April 2, 2010

mana pilihan hati..

ohh..blog ku..maafkan aku kerana lambat untuk update mu...dalam 2minggu terakhir sebelum final nih, banyak nak dibuat..kira kalu bile sampai waktu malam tu setelah penat melakukan aktiviti harian,tiba masa nye untuk membuat pilihan sama ada pilih katil or computer untuk update blog or balas comment kat muka buku..huh katil tetap menjadi pilihan utama..maafkan blog kerana telah dimadukan dengan katil a.k.a tilam yang tak berapa empuk itu..*rindu katil di rumah@kampung*
masih banyak kerja yang harus dilangsaikan semua berakhir.....so keep work babeh...maintain n cool...so aku mintak maaf kerana terpaksa memilih katil melepaskan penat lelah selepas ini..huhu

Friday, March 19, 2010

penat pikir

nak tulis entri baru memerlukan hati dan minda bagi mendapat ilham untuk menulis ini blog..macam2 yang perkara tersirat dan terbuku dalam kepala dan hati nak dikeluarkan tapi still beku...apa yang perlu ni.....apa yang patut?apa yang tak patut?kusut btul....
masih beku........
freezeeeeee......

terus menanti...................
zzzzzzzzzz...................

Sunday, March 14, 2010

coming soon...

adakah saya berbakat dalam bidang penulisan ini??sebenarnya dari sekolah lagi menda ni asyik belenggu dalam fikiran...rasa2 nye tibe masa untuk saya start apa yang sudah lama saya nantikan..tak sabaar rasa nye...aku menulis hanya untuk diriku dan ini hanya la cebisan himpunan dari cerita yang aku nukikan untuk dikongsikan pada semua.....nantikan walaupun xseberapa cukup baik tapi aku masih berusaha dalam minat ini..coming soon....

Wednesday, March 10, 2010

terjatuh..bangun kembali...mula melangkah kembali..

jatuh bukan bermakna kita harus berhenti untuk bangun kembali..jatuh buat kita sedar apa yang berlaku..mungkin kita lalai..bangun apabila jatuh buat kita lebih kuat dari sebelumnye...bangun apabila jatuh buat kite lebih kenal siapa diri kita...jatuh bangun kita hanya kita yang tahu..jatuh dan bangun kembali buat kita mengenal apa erti sesuatu dalam hidup kita...kembali bangun apabila jatuh membuatkan kita mempelajari sesuatu dan mengambil pengajaran yang sukar kita perolehi..kita masih beruntung mempunyai masa untuk berfikir dan mengambil masa untuk berubah..bangun, jatuh dan terus melangkah menjadi kita lebih dewasa dan matang..jatuh, bangun dan melangkah kembali membuatkan kite lebih ada arah tujuan..motivasi kan diri dari terus lalai..maju dan terus maju..tiada istilah putus asa dalam kehidupan manusia...sejak kita kecil sehingga sekarang..kita masih berdiri walaupun jatuh beribu kali..tapi kita masih utuh untuk terus melangkah..
PUTUS ASA bukan sesuatu yang baru dalam kehidupan..seringkali dikhabarkan tapi tahukan kita bahawa kita sebagai manusia tiada istilah putus asa dalam kehidupan kita tanpa kita sedari..cuba kita ingat..ketika kita dilahirkan kita tidak terus boleh melangkah seperti sekarang tapi kita bertatih dan merangkak itulah proses kita berusaha untuk mendapatkan langkah pertama dalam kehidupan..walaupun kita jatuh berkali2 tapi kita sentiasa berusaha untuk melangkah seperti orang dewasa...mengapa harus kita sekarang kita berputus asa??...tidakkah kita lupa apa yang berlaku dalam hidup kita.proses yang kita pernah alami dulu..kita boleh melangkah dan terus melangkah bagi menjadikan kita insan yang lebih baik...insyallah..kita hanya merancang allah swt yang menentukan...

Wednesday, March 3, 2010

berhenti...bernafas...

kusut betul hidupku sekarang..mana yang kena dibuat dulu mana nak didahulukan dulu...ish kusut btul..susah btul orang nak paham apa yang kita rasa kita alami..kekusutan ni yang buatkan aku terus dibelenggu..napa jadi begini???kusut segalanya...ada saja perkara yang hendak dibuat terhalang oleh masa dan keadaan..bila begini terus2an teruk la aku....pandang kanan pandang kiri rasa nya tiada orang bermasalah macam aku...tapi orang kata kalu takde masalah dalam hidup tiada la cabaran dalam hidup...haruskah aku terus begini?atau haruskah aku berhenti untuk menarik nafas bagi menenangkan apa yang terbelenggu dalam hidup aku...berhenti bermakna aku berputus asa apa yang berlaku..tapi aku rasa aku tidak begitu..jadi apa yang harus aku lakukan..terus maju dang menghadapi apa saja yang berlaku itu lah yang mampu aku lakukan buat masa sekarang....

Tuesday, February 2, 2010

kedepan+kebelakang+ketepi=sama aje

hidup ni btul2 susah nak kite jangka..sampai bile nak hidup camni..terang2 apa yang berlaku semalam..ku telah celik mata+hati bile melihat+merasai tragedi yg ku panggil "xkan dapat lupa sampai mati " apa lagi yang diharapkan?still teruskan @berubah untuk jadi lebih baik@lagi teruk?truk bunyi nye kan..apa yang akan berlaku selepas ini?sama2 la kite tunggu walaupun hati tercarik dan terluka untuk teruskan semua nih..tapi pasti ada hikmah di sebaliknya..bukan mudah nak tau hal sebenar jika kita tak tengok sendri,tak dengar sendiri dan tak alami sendri..semalam terbukti dan nyata...
bersedia untuk hadapi apa yang tersurat agar jadi satu daya tahan bagi melawan apa yang berlaku tak kan berulang..SEJARAH TAKKAN BERULANG, TAKKAN DIULANG LAGI DAN TAKKAN MENGULANG LAGI....
teruskan apa yang telah dirancang agar ianya sentiasa berada di landasan yang betul...

Tuesday, January 5, 2010

tugasan sedang bermula

masuk aje minggu pertama sesi Disember 2009-April 2010, sibuk dengan class..assignment mula diberi oleh lecturer.Ni semester terakhir ku belajar di bumi UiTM sebelum aku menjalani praktikal bagi menamatkan pelajaran..dengan jadual yang agak tak terlalu pack berbanding semestar yg lalu..menyenangkan aku melakukan perancangan yang rapi bagi memastikan aku dapat menamatkan pelajaran aku dengan mendapat segulung ijazah sarjana muda..bukan senang untuk aku sampai ke tahap ini..pelbagai cabaran yang aku hadapi..ini peluang terakhir untuk aku melangkah lebih jauh dalam kehidupanku..aku harus merapikan diri dan siap sedia dalam memastikan aku mencapai sasaran aku..
Mungkin aku agak ketinggalan bagi teman2 ku tapi aku masih mampu untuk berdiri..jangan jadi seperti dulu..teruskan perjuangan..jangan mudah putus asa..maju ke hadapan...tekad and nekad...
harap masalah yang selalu membelenggu diri ni cepat selesai..jangan terus begini..aku harapkan kesihatan aku membenarkan aku teruskan apa yang aku ingin capai...doakan mudah2an ku mampu dan berdaya mengharungi nya...