Sunday, May 16, 2010

biarkan aku menjadi suaramu

Post kali ini, ana ingin kongsikan satu cerita yang amat menarik..cerita ni ana dapat bila bongkar kembali barang2 ana...ianya ana simpan tak sangka ana ketemu ianya kembali..

Sejak awal lagi, family dari belah si gadis tidak menyetujui hubungannya dengan si pemuda. Menurut mereka,jika si gadis terus berdegil untuk bersama dengan si pemuda, dia akan menderita seumur hidupna.Gadis itu benar2 mencintainya dan dia terus menerus bertanya,"seberapa besar kamu mencintaiku?"
Si pemuda tidak begitu pandai berbicara, dia selalu membuat si gadis marah. Dan si pemuda selalu membiarkan kekasih hatinya melamipiaskan kemarahan kepadanya. Waktu terus berlalu, si pemuda lulus dari institusi pengajian tinggi. Ia mahu melanjutkan pelajarabbya ke luar negeri tapi sebelum dia pergi, dia melamar gadisnya.
"Saya tidak tahu bagaimana mengucapkan kata2 manis, tapi saya tahu bahawa saya mencintaimu. Jika kamu bersetuju, saya ingin menjagamu seumur hidupmu. Saya akan berusaha keras untuk menyakinkan keluargamu agar menyetujui hubungan kita. melihat usaha dari si pemuda, keluarga si pemuda yang tidak pernah jemu, keluarga si gadis akhirnya bersetujumerestui hubungan mereka.
Mereka mengikat pertunangan.Mereka meneruskan hubungan melalui surat dan telefon.Kadang2 timbul kesukaran tapi mereka tidak menyerah kalah pada keadaan. Suatu hari, dalam perjalanan ke perhentian bas sekembalinya dari kerja, si gadis telah ditimpa kemalangan jalan raya yang teruk. Setelah menyedarkan dirinya, si gadis melihat kedua orang tuanya dan menyedari betapa beruntungnya dia kerana selamat.
Melihat airmata orang tuanya, dia berusaha untuk menghiburkan mereka.tetapi akhirnya dia menyedari bahawa dia tidak boleh bercakap sama sekali. dia bisu.Menurut doktor, kemalangan telah mencederakan otaknya sehingga menyebabkan bisu seumur hidup. Sepanjang hari hanya dapat menangis dan membisu.
Dia dibenarkan pulang dari hospital dan mendapati rumahnya masih sediakala. hanya jika telefon berdering, dia menjadi sedih. Deringan telefon telah menjadi mimpi terburuknya. Dia tidak dapat menceritakan apa yang berlaku kepada kekasihnya. Dia menulis surat untuk si pemuda, memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi menunggunya.
Hubungan antara mereka sudah putus dan cincin pertunangan dikembalikan. Mendapat surat dan telefo dari si pemuda, dia hanya mampu menitis airmata. Ayahnya tidak tahan melihat penderitaannya dan memutuskan untuk berpindah. Berharap agar anaknya dpat melupakan apa yang berlaku dan menjadi lebih bahagia di tempat baru.
Pindah ke tempat baru, si gadis mula belajar bahasa isyarat.Dia berusaha melupakan si pemuda.Suatu hari, sahabatnya memberitahu bahawa pemuda itu telah kembali dan mencarinya merata tempat. Dia meminta sahabatnya untuk tidak memberitahu di mana dia berada dan meminta pemuda tersebut melupakannya.
Lebih setahun, si gadis tidak mendengar khabar pemuda itu sampai akhirnya sahabat si gadis menyampaikan berita bahawa pemuda itu akan bernikah dan menyerahkan kad undangan perkahwinan. Dia membuka surat undangan itu dengan hati yang pedih, dan mendapati namanya tercantum di dalamnya.
Sebelum dia sempat bertanya kepada sahabatnya, tiba2 si pemuda muncul di hadapannya. Dengan bahasa isyarat yang kaku, ia menyampaikan bahawa "aku telah menghabiskan masa dari setahun untuk mempelajari bahasa isyarat, agar dapat memberitahumu bahawa aku masih belum melupakan janji kita, berikan aku kesempatan ,biarkan aku menjadi suaramu."

2 comments:

Unknown said...

yess adk berjaya mengomen hehehehe
best kak citer nie....tp lau tuk carpen mungkin terlalu lemah n longgar....
maksudnya....mungkin maksud cerita sampai tp lau pd adk terlalu simple n jalan crita dier longgar....but nice...ok la....

anahraf said...

tq coz comment..tp ni bukan cerpen yg dijanjikan..cerpen tu dah siap cuma tak sempat la nak post..
ni ringkasan cerita